Monday, 9 May 2011

SyURgA DI bAWAH tELAPAK kAKI iBU~

{الجنه تحت أقدام الأمهات" { رواه ابن ماجه"
" Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu"

Haa..anda semua pernah dengar tak tentang hadith kat atas nih?? 
masakan plak tidak kan..sebab budak2 yang belajar di tadika islam pun tahu..
mereka kena hafal hadith2 yang ringan2 tau,..
Alhamdulillah..sejuk hati bila mendengar mereka menyebut2 tentang Hadith ni..
InsyaAllah, jika dididik dari kecil, mereka mengerti akan maksudnya..
memang benar mereka hanya menghafal, akan tetapi semua pengajaran terpulang kepada guru yang menyampaikannya..

jadi, pesanan untuk guru2 yang mendidik anak bangsa, sampaikanlah ilmu itu dengan sebaiknye..
janganlah hanya sekerat jalan shaja yer... (pesanan untk dri sndri jgak..hehe)

erm..ade budak2 tnya..btul ke Syurga di bawah telapak kaki ibu??

: sy tgk xdek pon > respon 1
: sy panggil ibu sy mama, tpi hadith ni hanya ckp ibu... jadi, kat  bwh telapak
 kaki mama sy xdelah yer? > respon 2

hehe..memang menggelikan hati jika pelbagai soklan yang ditanya oleh kanak2 yang pintar ini..
tpi itulah mereka, semua benda mereka ingin tahu..
mereka sgt naif..
kita yang perlu membentuknya..
kita yang akan mencorakkannya.
samada pada masa hadapan mereka akan menjadi kain hitam, biru atau ungu...

erm..berbalik kepada hadith berkenaan,
kenapa syurga ditujukan khas di bwah telapak kaki ibu?
anyone boleh jawab??

pada saya, ibu merupakan insan yang paling tepat dalam pemilihan ini..
kerana.. ibu lah yang telah bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan..
membawa kita ke hulu hilir....
membuat kerja rumah, bekerja di ofis, menuntut ilmu demi masa depan kita n so on...
beliau jugalah yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.. 
untuk pastikan kita dapat melihat dunia ini..
dapat menikmati n merasai bernafas di dunia yang fana ini..
 beliau sanggup bergadai nyawa jika doktor  memberi pilihan samada nyawa sendiri ataupun anak..
sungguh tragis kan?

tpi pernah x kita menghargai pengorbanan mereka??
itu belum lagi jika dihitung pengorbanan mereka selepas melahirkan kita, menyusukan kita, mendidika kta..menyayangi kita sepenuh hati mereka..

erm..sebelum kita terlambat..perlulah kita menjaga kebajikan mereka..
mereka berhak untuk mendapat kasih sayang, perhatian, sebagaimana mereka mencurahkan segalanya kepada kita sejak dari lahir...
insaflah wahai insan2 di muka bumi ini..


Di sini saya ingin  kemukakan Hadith Rasulullah tentang kedudukan suci seorang wanita bergelar IBU~

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : "جاء رجلٌ إلى رسول الله

-صل الله عليه وسلم- فقال : يا رسول الله، من أحق الناس بحسن صحابتي؟، قال: (أمك) ، قال: ثم من؟ قال: (أمك) ، 

قال: ثم من؟ قال : أمك) ، قال: ثم من؟ قال:أبوك).

maksudnya :
Daripada Abi Hurairah R.A berkata : " telah datang seorang lelaki kepada RAsulullah S.A.W, maka dia berkata :
Wahai Rasulullah, Siapakah yang paling berhak di kalangan manusia yang perlu saya membuat baik kepadanya?
Rasulullah bersabda : IBUmu
Kemudian lelaki itu bertanya : " kemudian siapa?"
rasulullah bersabda lagi : IBUmu
lelaki itu bertanya lagi: Kemudian?
Rasulullah Bersabda : IBUmu
lelaki itu bertanya untuk kali terakhir : Kemudian siapa?
Rasulullah menjawab : AYAHmu.. 

 Lihatlah wahai kawan2.. begitu besar kedudukan seorang ibu sehinggakan Rasulullah meletakkan mereka di tahap paling tertinggi sekali..
Subhanallah...

Renung2 kanlah okey??

p/s : rindukan saat mengandung dan melahirkan ank yang kusayang~

0 Coretan~: